Cara Pengiraan emas pajakan Ar-Rahnu..

03:26:00 Unknown 0 Comments



Assalamualaikum salam saiyyidul ayyam kpd rakan2 celik emas semua..
Nota untuk hari ini...semoga bermanfaat yerr...
Pengiraan Arrahnu -Jom pakat baca, perhati, fahami dengan teliti😂👍.

Bismillahirrahmanirrahim..
Ramai yang bertanya bagaimana pengiraan emas pajakan di Arrahnu...
Suka sy nak kongsikan bersama semua..
CONTOH pengiraan mudah :
Berat Barang Kemas 916,
22.0 Karat = 10.33g
Harga Emas Semasa (12/8/15)
= RM160
Nilai Marhun ( Jumlah Harga Barang Kemas 10gram ) =
RM160 x 10.33g = RM1652.80
Nilai Pinjaman = 70% daripada Nilai Marhun
RM1652.80 x 70% = RM1156.96
Maka kita layak menerima pinjaman dari arrahnu sebanyak = RM1156.96
Cara pengiraan Upah simpan
Jumlah Pinjaman x 0.85%
RM1156.96 x 0.85% = RM9.83 sebulan
Tempoh pinjaman selama 6 bulan
Total pembayaran balik selepas 6 bulan
RM1156.96 + [ RM9.83 x 6bulan ]
= RM1215.96
Cara Pembayaran =
Blh dilakukan secara ansuran selama 6 bulan , atau dibayar sekali gus beserta upah simpan pada tarikh matang surat tersebut.
~~Di ingatkan
* % nilai upah simpan adalah berbeza bg setiap arrahnu. Maka di galakkn kita bertanya berapa kos upah simpan yg akn di caj kpd kita.
* % nilai pinjaman juga berbeza di setiap arrahnu. Maka di galakkan kita bertanya berapa % nilai pijaman yg ditawarkan kpd kita.
* Minima tempoh pinjaman adalah 6 bulan. Selepas tempoh 6 bulan, if kita x mampu utk tebus semula emas tu, kita blh minta pegawai arrahnu utk tukar surat baru utk tambah lagi tempoh pinjaman, dengan syarat kita perlu langsaikan upah simpan terlebih dahulu.
Semoga ilmu ni bermanfaat
Praktikal is the best way

0 comments:

Terima Kasih di atas kesudian pendapat daripada anda.
Ikhlas,
Amirah RichGold
+6019-614 4886